Tuesday, October 25, 2011

Adik disahkan hamil 3 bulan, angkara siapa?

Sedih apabila baca akhbar online hari ini dengan tajuk HAMIL 3 BULAN ANGKARA ABANG. Berita tersebut menyatakan yang seorang abang telah bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.


Selepas membacanya, timbul pelbagai persoalan dalam diri, siapa yang sebenarnya harus dipersalahkan?apa yang akan berlaku kepada bayi yang bakal lahir kelak?siapa yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku?apakah faktor persekitaran yang menyebabkan semua ini berlaku?sekiranya remaja perempuan berkenaan tidak tinggal bersama abangnya, adakah perkara tersebut tidaka akan berlaku?apakah yang menyebabkan abangnya tiba-tiba merogol adiknya yang sudah lama tinggal bersamanya? Namun, kesemua persoalan ini hanya dapat dijaab oleh-Nya, kerana Allah yang lebih Maha Mengetahui. Kepada yang telah membacanya,sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, khususnya wanita-wanita agar lebih berwaspada.

No comments:

Post a Comment