Tuesday, October 25, 2011

Adik disahkan hamil 3 bulan, angkara siapa?

Sedih apabila baca akhbar online hari ini dengan tajuk HAMIL 3 BULAN ANGKARA ABANG. Berita tersebut menyatakan yang seorang abang telah bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.


Selepas membacanya, timbul pelbagai persoalan dalam diri, siapa yang sebenarnya harus dipersalahkan?apa yang akan berlaku kepada bayi yang bakal lahir kelak?siapa yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku?apakah faktor persekitaran yang menyebabkan semua ini berlaku?sekiranya remaja perempuan berkenaan tidak tinggal bersama abangnya, adakah perkara tersebut tidaka akan berlaku?apakah yang menyebabkan abangnya tiba-tiba merogol adiknya yang sudah lama tinggal bersamanya? Namun, kesemua persoalan ini hanya dapat dijaab oleh-Nya, kerana Allah yang lebih Maha Mengetahui. Kepada yang telah membacanya,sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, khususnya wanita-wanita agar lebih berwaspada.

Sunday, October 2, 2011

Hujung Minggu

Rasa penat masih belum hilang lagi walaupun dah tidur lama...Mana taknya, semalam keluar ke kuching asyik nak cepat jak berjalan...Jika ikut perancangan sebenar, saya dan kawan2 nak pergi jam 10 pagi dengan menaiki bas UNIMAS tapi disebabkan bangun lewat terpaksalah kami pergi yg jam 1...Nak jimat tambanglah katakan...(^_^)

Tunggu punya tunggu bas ne depan kolej punyalah lama. Kami tunggu daripada jam 1 lebih dan bas datang nak dekat jam 2 dah...nasib baik kami tetap tunngu...klu tak tak pergilah jawabnya...klu ikutkan ada 2 bas pergi kuching...bas yg kami naik tu pergi CROWN PLAZA...yg 1 lg tu pergi SPRING...

Lebih kurang 30 minit barulah kami selamat tiba di kuching...
ALHAMDULILLAH...(^_^)
Sampai jak kami terus pergi makan...dah lapar sangat dah semua...mana taknya...nak sarapan pun x sempat dah...yg sempat minum air kosong jaklah...
ada yg nak makan kat MC'DONALD dan ada juga nak makan kat KFC...
last2 tapau semua baru makan kat KFC...macam mana nak makan kat MD klu xda tempat duduk dah...asyik2 pergi sana mesti penuh...laku sangat kot...hehehe

Makan pun nak dekat sejam...dah lah nak rushing2...kiranya nak balik nak ikut bas UNIMAS lah juga...save bajet...lepas jak makan pergi trus di INDIA STREET...round2 jap...manalah tau ada yg berkenankan...belilah...saya cuma dapat beli sehelai tudung jak...xtau nak beli apa sebenarnya...klu ikutkan hati...nak beli jak semua yg berkenan...kawan2 pun sama beli ala kadar jak lah...banyak juglah tempat kami pergi...siap ambil gambar lagi kwn2 tu...rushing punya rushing last2 kami kena tinggalkan oleh bas UNIMAS...huhuhu...

Ingatkan ada lah ne bas awam jam 6...rupanya last jam 5...kena lagi tinggal bas K9...penat punya pasal...duduk dlu jap...malas nak berjalan dah...duduk tadi pun time makan jak...yg lain jalan jak terus...nak cepat kan...nasib baiklah ada kawan ne dia kol pak ucunya ambil kami depan TUN JUGAH...siap belikan kami makanan lagi tu...apa lagi dah alang pak ucunya ambil kami terus di bawa pergi ke rumahnya...hari tu jugalah pak ucunya pindak ke rumah barunya...

Sampai jak di sana, tengok keadaan dalam rumah masih belum habis di kemas lagi sepenuhnya...tapi x nampak berselerak sangatlah...lepas duduk jap, kami dipelawa makan...macam makan kat rumah sendiri plak rasanya...mana taknya, layan diri sendiri...hehehe...besar dah kan...boleh ambil sendiri dah...tengah asyik2 ada plak sms dari housemate yg mengatakan kami disuruh balik awal sbb dia takut tinggal sorang2 dalam rumah...serba salah dibuatnya...nasib baiklah x lama sangat kami kat sana...klu tak kesian kat kwn lagi sorang tu...ada juga kami diajak bermalam tapi kami tolak sbb fikirkwn yg lg sorang 2...lagipun x bawa baju lebih...segan pun ada...baru kenalkan...hehehe....tapi overall memang pak ucu tu sekeluarga sporting...(^_^)

Rasanya tu jak kot...hehehe...klu panjang sangat xtau sampe bila nak habis...

11 Tips to Not Get Bored While on The Elevator

11 Tips to Not Get Bored While on The Elevator