About Me

Salam perkenalan buat pembaca2 blog...(^_^)

Selamat datang ke dunia blog saya iaitu Princess Adam. Princess adam hanyalah nama samaran saya sahaja. Nama sebenar saya ialah Sabariah Samsuddin. Saya adalah anak pertama daripada 6 orang adik-beradik. Saya dilahirkan pada 15 February 1989. Umur saya pada 2011 baru 22 tahun.  

Tempat kelahiran saya adalah di daerah Kunak di negeri Sabah. Kini, saya menetap di daerah lain iaitu di Lahad Datu, Sabah. Semasa sekolah rendah saya bersekolah di  S.K  Lahad Datu 2. Saya meneruskan pelajaran ke tingkatan 1 sehingga 6 Atas di S.M.K Sepagaya. Seterusnya, saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pada 2009, di Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Sains Sosial dalam kos Kerja Sosial.

Saya menulis ne pun dalam minggu exam. Sempat lagi nak buat blog saya ne.hehehe...study tak lagi ne...apa yang saya nak cerita di sini sekarang tentang makna nama samaran saya dalam FB iaitu Princess Adam. Sebab ramai yang confius dengan nama saya tu. Saya pun tak tahu kenapa? Ada yang menyangka saya ne lelaki klu ikutkan nama saya tu. Tapi sebenarnya saya ne perempuan. Kenapa saya letak princess adam kerana saya teringat dengan kisah Nabi Adam A.S. Nama saya ada kaitan dengan kisah Nabi Adam. 


Bagi saya, kita yang sekarang ne adalah puteri dan putera yang berasal dari keturunan Nabi Adam dan isterinya Hawa. Sebab tulah saya pilih nama Princess Adam. Puteri kepada Nabi Adam. So, jadilah nama Princess Adam. Begitulah ceritanya kenapa saya pilih nama tu. Mesti ada diantara korang yang rasa lucu dan pelik kan dengan nama saya tu.hehehe...Apa2pun tu nama samaran saya saja. Mesti ada diantara korang juga yang mempunyai nama samaran FB yang lagi pelik dan lucu dari saya kan?Jika ada, boleh kongsi dengan saya di sini. 

Tapi korang boleh panggil saya saba atau ria. Saba, 2 biasanya nama saya untuk di Sabah saja. Klu di sekolah dulu dan di UNIMAS sekarang saya biasa dipanggil ria. Mana2 koranglah nak panggil yang mana. Tu nama yang ibubapa saya dah bagi, terima jak lah. Bersyukur dengan apa yang dah diberi. Betul tak?

Subuh2 ne menulis blog...tak rasa mengantuk lagi ne sebab dah minum kopi tadi...huhuhu...saya jenis yang tak boleh minum kopi malam. Boleh tak tidur saya dibuatnya...Apa lagi nak cerita? time subuh2 ne, otak jadi blurr cikit...hehehe...pasal gambar, saya jenis tak suka sangat bergambar, sebab 2 xda buat masa sekarang. Tapi insyaallah akan ada juga. Cuma sekarang tengah busy dengan exam...2 lagi penting...kan kan...saya akan update juga dari masa ke masa...Bye2...(^_^)

No comments:

Post a Comment