Thursday, June 28, 2012

Tugas pertama time praktikal

Ingatkan hari pertama akan ada tugas yang perlu dibuat, tapi apa kan daya kerana jadual kerja belum lagi disiapkan oleh pihak atasan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. tapi ok lah juga sebab hari pertama agak janggal sedikit kerana masih gementar sebenarnya nak buat kerja dengan segera.

hari kedua barulah, ada tugas diberikan dan rasanya yang paling senang untuk setakat ini iaitu menghadiri jemputan ke mini karnival pemakanan sihat di Dewan Masyarakat LD. Kan senang kan tugas yang diberikan oleh supervisor saya. =_=

Sebagai bukti yang saya menghadirkan diri ke majlis tersebut, saya mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti dan alasan yang kukuh sekiranya saya disoal kelak oleh pihak atasan. Saya masih tiada tugas yang boleh diberikan setakat ini dan saya hanya bantu2 apa yang perlu sahaja. Untuk mengisi masa yang saya ada, apa lagi saya cuba lihat2 dan perhatikan bagaimana mereka bekerja dengan klien yang datang. 

Tak banyak gambar2 yang saya dapat ambil sebab ada masalah bateri. Saya terlupa untuk mengecas bateri. Masih muda pun, dah jadi pelupa pulak kan.