Thursday, June 28, 2012

Tugas pertama time praktikal

Ingatkan hari pertama akan ada tugas yang perlu dibuat, tapi apa kan daya kerana jadual kerja belum lagi disiapkan oleh pihak atasan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. tapi ok lah juga sebab hari pertama agak janggal sedikit kerana masih gementar sebenarnya nak buat kerja dengan segera.

hari kedua barulah, ada tugas diberikan dan rasanya yang paling senang untuk setakat ini iaitu menghadiri jemputan ke mini karnival pemakanan sihat di Dewan Masyarakat LD. Kan senang kan tugas yang diberikan oleh supervisor saya. =_=

Sebagai bukti yang saya menghadirkan diri ke majlis tersebut, saya mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti dan alasan yang kukuh sekiranya saya disoal kelak oleh pihak atasan. Saya masih tiada tugas yang boleh diberikan setakat ini dan saya hanya bantu2 apa yang perlu sahaja. Untuk mengisi masa yang saya ada, apa lagi saya cuba lihat2 dan perhatikan bagaimana mereka bekerja dengan klien yang datang. 

Tak banyak gambar2 yang saya dapat ambil sebab ada masalah bateri. Saya terlupa untuk mengecas bateri. Masih muda pun, dah jadi pelupa pulak kan. 

Tuesday, October 25, 2011

Adik disahkan hamil 3 bulan, angkara siapa?

Sedih apabila baca akhbar online hari ini dengan tajuk HAMIL 3 BULAN ANGKARA ABANG. Berita tersebut menyatakan yang seorang abang telah bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.


Selepas membacanya, timbul pelbagai persoalan dalam diri, siapa yang sebenarnya harus dipersalahkan?apa yang akan berlaku kepada bayi yang bakal lahir kelak?siapa yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku?apakah faktor persekitaran yang menyebabkan semua ini berlaku?sekiranya remaja perempuan berkenaan tidak tinggal bersama abangnya, adakah perkara tersebut tidaka akan berlaku?apakah yang menyebabkan abangnya tiba-tiba merogol adiknya yang sudah lama tinggal bersamanya? Namun, kesemua persoalan ini hanya dapat dijaab oleh-Nya, kerana Allah yang lebih Maha Mengetahui. Kepada yang telah membacanya,sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, khususnya wanita-wanita agar lebih berwaspada.

Sunday, October 2, 2011

Hujung Minggu

Rasa penat masih belum hilang lagi walaupun dah tidur lama...Mana taknya, semalam keluar ke kuching asyik nak cepat jak berjalan...Jika ikut perancangan sebenar, saya dan kawan2 nak pergi jam 10 pagi dengan menaiki bas UNIMAS tapi disebabkan bangun lewat terpaksalah kami pergi yg jam 1...Nak jimat tambanglah katakan...(^_^)

Tunggu punya tunggu bas ne depan kolej punyalah lama. Kami tunggu daripada jam 1 lebih dan bas datang nak dekat jam 2 dah...nasib baik kami tetap tunngu...klu tak tak pergilah jawabnya...klu ikutkan ada 2 bas pergi kuching...bas yg kami naik tu pergi CROWN PLAZA...yg 1 lg tu pergi SPRING...

Lebih kurang 30 minit barulah kami selamat tiba di kuching...
ALHAMDULILLAH...(^_^)
Sampai jak kami terus pergi makan...dah lapar sangat dah semua...mana taknya...nak sarapan pun x sempat dah...yg sempat minum air kosong jaklah...
ada yg nak makan kat MC'DONALD dan ada juga nak makan kat KFC...
last2 tapau semua baru makan kat KFC...macam mana nak makan kat MD klu xda tempat duduk dah...asyik2 pergi sana mesti penuh...laku sangat kot...hehehe

Makan pun nak dekat sejam...dah lah nak rushing2...kiranya nak balik nak ikut bas UNIMAS lah juga...save bajet...lepas jak makan pergi trus di INDIA STREET...round2 jap...manalah tau ada yg berkenankan...belilah...saya cuma dapat beli sehelai tudung jak...xtau nak beli apa sebenarnya...klu ikutkan hati...nak beli jak semua yg berkenan...kawan2 pun sama beli ala kadar jak lah...banyak juglah tempat kami pergi...siap ambil gambar lagi kwn2 tu...rushing punya rushing last2 kami kena tinggalkan oleh bas UNIMAS...huhuhu...

Ingatkan ada lah ne bas awam jam 6...rupanya last jam 5...kena lagi tinggal bas K9...penat punya pasal...duduk dlu jap...malas nak berjalan dah...duduk tadi pun time makan jak...yg lain jalan jak terus...nak cepat kan...nasib baiklah ada kawan ne dia kol pak ucunya ambil kami depan TUN JUGAH...siap belikan kami makanan lagi tu...apa lagi dah alang pak ucunya ambil kami terus di bawa pergi ke rumahnya...hari tu jugalah pak ucunya pindak ke rumah barunya...

Sampai jak di sana, tengok keadaan dalam rumah masih belum habis di kemas lagi sepenuhnya...tapi x nampak berselerak sangatlah...lepas duduk jap, kami dipelawa makan...macam makan kat rumah sendiri plak rasanya...mana taknya, layan diri sendiri...hehehe...besar dah kan...boleh ambil sendiri dah...tengah asyik2 ada plak sms dari housemate yg mengatakan kami disuruh balik awal sbb dia takut tinggal sorang2 dalam rumah...serba salah dibuatnya...nasib baiklah x lama sangat kami kat sana...klu tak kesian kat kwn lagi sorang tu...ada juga kami diajak bermalam tapi kami tolak sbb fikirkwn yg lg sorang 2...lagipun x bawa baju lebih...segan pun ada...baru kenalkan...hehehe....tapi overall memang pak ucu tu sekeluarga sporting...(^_^)

Rasanya tu jak kot...hehehe...klu panjang sangat xtau sampe bila nak habis...

11 Tips to Not Get Bored While on The Elevator

11 Tips to Not Get Bored While on The Elevator

Tuesday, May 3, 2011

Cuti Semester Bermula...

Salam kawan2...

Hari ne, saya nak kongsi sedikit apa yg dah berlaku beberapa hari lalu. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana final exam dah pun tamat. Last paper adalah petang semalam, hari khamis yg subjek boleh dikatakn killer juga sebab ada kaitan dengan PTA yg bakal saya akan hadapi semester yg seterusnya. Sekarang debaran untuk menanti result plak kerana dijangka result akan keluar pada hujng bulan 5 ne. Tak tahu sama ada result akan naik atau turun. Usaha dah, kini hanya boleh berdoa dan tawakkal saja kepada-Nya.

Supaya tidak terlalu memikirkan result yg bakal keluar, saya sekarang tengah tunggu untuk Induksi LO plak yg bakal tiba pada 14 sehinggalah 18 ne. Tak sabar rasanya nak tunggu saat tu. Kadang2 terfikir juga, apa agaknya yg akan berlaku time induksi tu nanti. Adakah akan mengembirakan atau membosankan? Sama2 kita nantikan...(^_^)

Akhirnya, dapat juga novel2 yg saya nak baca. Baru saja tadi saya ambil 2 novel yg saya beli secara online. Tak sabar rasanya nank baca novel2 tu. 1 novel saya dah habis baca dah semalam. Exam habis semalam dalam pukul 4.30 ptg. Melangkah saja keluar dari dewan, saya terus pergi ke Fakulti. Saya nak tahu juga sama ada novel yg saya pesan dah sampai atau tidak. Ingatkan saya akan dapat 3 novel sekali gus, tapi hanya 1 saja yg sampai. Terkejut juga apabila akak di fakulti tu beritahu yg hanya ada 1 saja yg sampai. Hinggkan saya terfikir yg bukan2 dah dengan akak yg saya order novel tu.

Tapi, segalanya terjawab juga ari ne. Salah saya juga sebab tak ingat akak tu pos guna express atau pos laju sebab alamat yg saya beri dgn akak tu rasanya tak ada yg salah. Terserempak dengan kawan tadi, saya tanya dia sama ada pos express akan sampai di fakulti atau di BHEP. Rupa2nya pos express kat BHEP dan pos laju kat fakulti. Nasib saya baik ari ne. Rupa2nya dia pun nak pergi ambil barang juga di BHEP. So, saya tumpanglah sekali dgn dia dan seorang lagi kawan saya sbb dia yg memandu kereta.

Ingatkan nak tunggu bas saja, tapi bas akan ada jam 4. Takut juga kalau Mail dah tutup. Dahlah laptop tiba2 buat hal plak sekarang ne. Entah apa yg jadi dgn laptop saya tu sampai tak nak pandang saya dah. (~_~)

Dah lah tak ada exam dah...Bosanlah jawabnya bila laptop tak ada...Nasib baiklah novel2 saya dah sampai, bolehlah juga saya isi kebosanan saya nanti walaupun nak juga dengar laptop tu mengeluarkan soundnya...ingatkan nak pergi jumpa akak Lab tu, tapi gantuk sangat sebab selepas subuh saya baru tidur. Nak juga tahu apa problem laptop saya tu, sama ada boleh dibaiki atau kena format. Dahlah nak balik, laptop plak buat hal. Kalau akak tu cakap boleh baiki nanti takpa, tapi kalau kena format juga, balik kampung nanti baru nak format.

Harap2lah tak ada masalah dgn laptop saya tu. Saya tak juga guna sangat laptop tu sekarang sebab saya akan busy nanti dgn induksi, tapi saya kasihan dgn roommate saya. Dia ambil antar sesi kali ne, laptopnya pun tak ada dgn dia sbb kena format. Laptopnya ada di semenanjung sekarang. Kalau dua2 tak ada, sunyilah roommate saya nanti, kalau saya tak ada induksi tak apa juga, boleh temankan dia sebelum saya balik nanti.



Monday, May 2, 2011

Sabah Di Bawah Bayu

Siapa sini pernah pergi Sabah?...
Jom pi Sabah time cuti2 ne...terutama kepada pelajar2 U yg akan bercuti selama 4 bulan ne...bolehlah jalan2 kat Sabah...
Tak ada kaitan sebenarnya...nak buat iklan sekejap...(^_^)
cuma nak beritahu yang saya ne sebenarnya berasal dari Sabah...hehehe

Tak mustahilkan rakan2 boleh pergi Sabah...
Kalau ada rezeki...(^_^)
Sabah tu luas...tinggal kat mana?

Lahad Datu nama daerah yang saya menetap sekarang ne...dari saya berumur 7 tahun saya telah berpindah ke LD dari tempat kelahiran saya iaitu Kunak...Kenapa saya pindah? kerana beliau saya (Bapa dalam loghat Sabah) yang bekerja di LD...Kira2 15 tahun dah saya menetap di LD..kira lama juga kan...boleh lah...

Setakat ne tempat yang saya pernah pergi di Sabah selain LD dan Kunak adalah Kota Kinabalu (KK), Tawau, dan Semporna...yg lain tu belum pernah pergi lagi...Tak ada masa nak pergi...apa lagi time study ne...Kalau cuti saja, dapat jalan2...terutama time ada keluarga yg buat kenduri, sama ada kenduri kahwin dan doa selamat...

Lupa plak cerita tentang bangsa apa kan?
Mesti juga korang nak tahu saya ne bangsa apa?hehehe
Yg nak tahu boleh terus baca...yg tak nak tu abaikan jak yg ne..ok
Saya berbangsa Bugis, yang asalnya bukan dari Malaysia tapi negara jirannya iaitu Indonesia...Ibu bapa saya lahir di sana...tapi bertemu jodoh di Sabah...kahwin bukan pilihan keluarga tapi bercinta...^_^

Nak tahu lagi tentang saya...nanti saya cerita lagi...sekarang ne nak study dulu...lusa nak exam dah...huhuhu...ada 2 subjek, pagi dan petang...nasib baik nota dah ada...tinggal baca jak ne...rajinkan saya, dah siap salin nota awal2...hahaha...nota time lecturer mengajar sebenarnya yg ada...nota kaki tak buat lagi...huhuhu...yg penting masih ingat dan faham apa yg lecturer ajar...betul tak?
Oklah..nak makan dulu ne...belum makan lagi ne...bye2...(^_^)

Sunday, May 1, 2011

Peminat Korea



Drama - Full House







Drama - Secret Garden




Drama - Sad Sonata





Super Junior - Sorry2





Rain - It's Raining




Super Junior - No Others



Siapa minat tak lagu Korea? Sila like...hehehe
kalau angkat tangan tak nampak...like baru nampak...kan2
Saya sangat minat dengar lagu korea2 ne...terutama yang lagu2 yang ada drama...best nonton cerita korea time2 boring, stres, nak makan, nak tidur, dan paling best bila nak belajar bahasa korea...siapa setuju dengan saya boleh like ya...hehehehe
Khas untuk peminat korea2..jom layan lagu2 ne...Ok
Jalhamyeon Enteoteinmeonteu [semoga terhibur]...(^_^)